HARI UNTUK MEMANJAKAN DIRI

1 MEI datang lagi!!!!

selamat bercuti semua. memandangkan minggu ni saya bekerja 7 hari seminggu. so bila dapat cuti rasa tak nak pegi mana-mana dah, nak rehat dan having Quality Time with my Small Family.

so selamat bercuti semua...


~BONDALOVE~

KURUS dengan TEKNIK PSIKOLOGI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

Setelah agak lama tidak menulis entri, kali ni saya nak kongsikan TIPS KURUS menggunakan TEKNIK PSIKOLOGI. Teknik apa ni? Teknik ini merupakan teknik utama program penurunan berat badan ini. Apa yang diperlukan ialah Digital Weight Scale

Digital Weight Scale??

Ya!! Gadget yang diperlukan untuk memulakan proses penurunan berat badan.. ini serius.. Tapi Kenapa? Ya kerana sekiranya kita tidak mahu atau jarang Menimbang berat badan, maka kita tidak akan sedar kenaikan KG dan pertambahan LEMAK dalam badan kita! sehinggalah pada satu tahap, Baju yang sering dipakai mula terasa "mengecil" pada ketika itu barulah kita terasa perlu melakukan sesuatu . Ada juga yang terdesak untuk menurunkan berat badan sehingga sanggup mengambil pil kurus yang semakin berleluasa dipasaran tanpa diketahui kesannya pada masa kan datang terhadap diri kita. 

KUASA SI 'PERSONAL WEIGHT SCALE'

  • Kebanyakan dari individu yang mengalami masalah peningkatan KG dan saiz tidak akan sanggup untuk menimbang berat badan, tambahan lagi di tempat terbuka. Disitulah rasionalnya , kenapa Penimbang Berat Badan Persendirian diperlukan, 
  • Untuk memulakan program penurunan berat badan, kita harus menimbang berat badan dan menerima angka yang diperoleh dengan hati yang terbuka.
  • Sebagai contoh, berat badan yang diperoleh ialah 80kg, maka kita perlu terus Set Minda kita untuk turunkan KG. contohnya Menetapkan matlamat untuk menghilangkan 3 kg dalam masa  2 minggu
  • setelah mengetahui berat badan sebenar, secara automatik kita akan mengurangkan atau mengawal pengambilan makanan DAN ada segelintir individu yang akan mula melakukan senaman ringan.
  • Menurut info kesihatan, kita disarankan menimbang berat badan seminggu sekali untuk memastikan berlaku penurunan KG. TETAPI bagi saya , kita perlu menimbang berat badan SETIAP HARI untuk memastikan berat badan terkawal dan memudahkan proses penurunan KG.

KEPEKAAN terhadap berat badan individu yang berniat untuk menurunkan berat badan sangat PENTING! oleh itu ia tidak boleh dipandang ringan. 



Next entri saya akan kongsikan bagaimana proses penurunan berat badan boleh berlaku.

-BONDALOVE-
visit us at: https://www.facebook.com/pages/Love-Healthy-and-Beauty/